May 20, 2011

Terms and Condition

1. Umur - Pemohon mestilah berumor 18 tahun keatas untuk mendapat kan lesen memandu kenderaan bermotor dan 21 tahun keatas bagi kelas-kelas lesen tertentu. Dan juga dari segi kesihatan pula, awda mestilah mempunyai tahap kesihatan yang baik (sila rujuk jadual kelas lesen memandu muka surat 3).
2. Penglihatan -    Mestilah mempunyai penglihatan yang baik sama ada memakai kacamata atau pun tidak.
3. Kesihatan - Pemohon mestilah tidak mempunyai penyakit atau kecacatan anggota yang boleh menganggu awda memandu dimana boleh membahayakan diri. Contoh: Gila Babi (epilepsy), pitam dengan serta-merta atau ganguan mental.
4.  Sijil kesihatan - Surat kesihatan merupakan keterangan daripada doktor, ini adalah perlu untuk menyokong permohonan awda untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi dan perniagaan.

Apabila memohon, awda mestilah menunjukan bukti umur seperti menunjukan kad pengenalan, dan berjumpa sendiri dengan Pegawai Melesen di Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Negara Brunei Darussalam

Keterangan
Kelayakan
Kelas 1
Otosikal dan Motosikal
Umur mestilah 18 tahun dan Lulus Undang-undang kod jalan raya.
Kelas 2
Kereta Bersambung (Articulated vehicle)
Umur mestilah 21 tahun dan Lulus Undang-undang kod jalan raya.
Kelas 3
Motokar persendirian dan kereta perniagaan Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 4480 paun.
(2032 kg).
Umur mestilah 18 tahun dan Lulus Undang-undang kod jalan raya.
Kelas 4
Kereta perniagaan Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 6720 paun. (3048 kg)
Umur mestilah 21 tahun dan Lulus Undang-undang kod jalan raya. Bagi yang Lulus ujian kelas  5 boleh mengindos kelas 4.
Kelas 5
Kereta perniagaan Berat Tanpa Muatan lebih daripada 6720 paun (3048 kg).
Umur mestilah 21 tahun dan Lulus Undang-undang kod jalan raya.
Kelas 6
Bas omni bermoto atau bertingkat.
Umur mestilah 21 tahun dan Sijil kesihatan
Kelas 7
Kereta pesakit dan kereta dikawal pejalan kaki.
Umur mestilah 18 Tahun dan Lulus Undang-undang kod jalan raya.
kelas 8
Penggelek jalan

Kelas 9
Kereta pacuan wap.

kelas 10
Kereta berantai.

Kelas 11
Traktor beroda.

Kelas 12
Teksi
Umur Mestilah 21 Tahun dan Sijil kesihatan